Sunday, January 20, 2013

you are my hero forever :')

Abu Bakar bin Mat Noor

Satu nama yang tak mungkin akan dilupakan di kotak fikiran aku. Aku senang melihat kau tersenyum melihat keletah cucu-cucumu. Aku senang melihat kau tersenyum apabila ketibaan kami sekeluarga di kampung. Kau tak pernah kenal erti penat melayan pelbagai kerenah kami malah, kau cuba berusaha sedaya upaya demi memenuhi kehendak dan keperluan kami semua. Sabar. Itulah sikap kau paling kami kagumi. Tidak pernah sekalipun kami melihat kau mengeluh, merintih dan sebagainya. Kaulah tempat mengadu kami. Hati berasa tenang jika dapat meluahkan kepadamu dan nasihat-nasihat yang diberikan amat membantu. Tapi kini tiada lagi senyumanmu, nasihatmu, bayanganmu, suaramu dan jasadmu. Kau pergi meninggalkan kami pada malam 16 Januari 2013 dengan amannya. Tiada rintihan kesakitan. Kau pergi seperti dirimu sedang tidur dan tidak akan bangun-bangun lagi. Alangkah mudahnya pemergianmu, Ya Allah. Aku tak sanggup melihat kau hanya terbaring kaku dan tidak bergerak lagi. Jasamu mengajar aku mengaji, bagai terngiang-ngiang di telingaku. Aku bersyukur kerana sempat berjemaah denganmu menunaikan Subuh sebelum pemergianmu. Itulah jemaah kita yang terakhir. Aku terkilan kerana kau tidak sempat melihat aku berjaya. Tapi aku berjanji walaupun dirimu sudah tiada lagi aku tetap akan berusaha untuk berjaya. Semasa dirimu dikapankan, ku melihat wajahmu berseri-seri dan tersenyum seolah sudah bersedia menemui Pencipta-Mu dan ganjaran kebaikan yang akan diperolehi kelak. Ciuman terakhir kepadamu itulah tanda perpisahan kita untuk selamanya. Semoga kita akan bertemu lagi di Syurga-Nya. In sha Allah. Aku redha akan pemergianmu. Kini, hanya Al-Fatihah dan doa kami sahaja menjadi ubat rindu kepadamu, Tokwan. Semoga Tokwan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh dan beriman. Semoga Allah selalu merahmati Tokwan :') Ina sayang Tokwan :)

with love,     
Nazmin Amalina